Saturday, January 1, 2011
TERINDAH~~
HYE~~~~
Hari indah apabila seorang lelaki bagi hadiah kat aku.hehehe. hadiah yang slalu di idam kan oleh semua perempuan. heppy juga kan bila ade orang yang sanggup bagi kita hadiah untuk membuktikan cinta dia pada kita(ceh wah.....).
"Tahukah anda apa sebenarnya makna dari bunga yang diberikan? Bunga mawar selama ini dianggap sebagai bunga yang paling tepat untuk diberikan pada yang tercinta kerana ternyata erti dari mawar atau rose adalah ucapan 'I Love You'. Namun, tak hanya itu. Warna dari bunga mawar pun mempunyai erti. Merah bererti cinta dengan respek yang tinggi. Kuning bererti kebebasan atau fleksibiliti. Kemudian warna merah jambu bererti terima kasih dan rasa syukur yang mendalam. Terakhir, warna putih mengandung makna ketulusan cinta dan kepedulian."
Posted by noorain at 11:50 PM 0 comments
Friday, December 31, 2010
TIDAK SETIA~~
HYE~~~
kenapa susah sangat orang yang ber couple nak setia dengan pasangan masing-masing? jika perempuan setia, lelaki pula tak setia, then bila lelaki setia perempuan pula tak sedia. knpe???
ape masalah sampai susah sangat kita nak setia pada pasangan?
aku redha ape yang berlaku pada diri aku. dan ini adalah pengajaran bagi aku. lepas nie aku akan lebih berhati-hati untuk memilih pasangan. then pengajaran yang aku dapat ialah, jangan sesekali percaya pada lelaki 100%. check latar belakang dan sikap dye dulu, then baru bley couple. susah kalau kita dapat pasangan yang tidak pandai nak menghargai pasangan yang setia. perlu ke layan banyak-banyak perempuan untuk hilangkan bosan??engat perempuan-perempuan nie ape?sesuka ati jek nak main-main kan perasaan dyeorang.?pas nie biar family jek yang tolong carikan jodoh untuk aku pilihan keluarga maybe lebih baik. bercinta selepas kawen. urmm macam best jek...hehehe.....aku benci lelaki yang sakit kan hati aku~~~~~bungek!!!!!
Posted by noorain at 9:02 AM 0 comments
Thursday, December 30, 2010
PERUBAHAN~~
SALAM~~~
kenapa manusia cepat sangat terpengaruh???terpengaruh dengan perubahan dunia, perubahan teknologi dan ada juga yang terpengaruh dengan kawan-kawan. kat sini aku nak kongsi tentang terpengaruh dengan kawan-kawan. pada pendapat aku, terpengaruh dengan kawan-kawan tak jadi masalah, jika perubahan itu mendatang kan kebaikan pada diri kita. tapi aku paling tak suka jika perubahan dari pengaruh kawan atau terikut-ikut dengan perangai kawan-kawan yang tak mendatangkan faedah pada diri. cuba lar kita buka sikit fikiran kita untuk menilai sama ada perubahan diri kita ini adalah benar atau tidak, dan sama ada perubahan itu mendatangkan kebaikan atau tidak. memang tidak dapat dinafikan kawan penting bagi kita. tapi kita kena pandai menilai dan memilih kawan yang baik atau pun tidak. dan jangan kita cepat terikut-ikut dengan perangai rakan yang tak berfaedah. jangan cepat terikut dengan gaya atau pun fesyen kawan-kawan yang tidak elok. kenapa mesti membuat perubahan dari baik ke buruk? contohnya, highlight rambut, tak pakai tudung, tinggal kan solat, keluar malam-malam. sedangkan sebelum ini ia adalah perkara yang cuba kita elakkan dan menjadi pantang larang dalam keluarga. fikir lar semua. ini adalah nasihat untuk kita semua.
Posted by noorain at 9:15 AM 0 comments























