THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 16, 2011

SELESAI~~~

Salam semua....


Hari nie adalah hari yang heppy bagi aku coz aku telah berjaya menamatkan pengajian aku kat poli nie dgn jaya nyer.....hehehe...result pn dh kuar and alhamdulillah aku lulus semua module.....walau pn pointer aku menurun, tp alhamdulillah aku masih dapat kekal kan anugerah ketua jabatan (x lar bangge pn)....dengan PHNM: 3.64, aku dah rase bangge dah coz itu lar usaha yang aku mampu lakukan untuk diri aku selama 6 semester....


ucapan terima kasih untuk semua pensyarah2 politeknik seberang perai yang telah mendidik aku sehingga aku berada di tahap ini.... terima kasih gak kat family aku especially mak n ayah yang telah banyak berkorban untuk kejayaan aku..thankz jgk utk member2 aku yang telah bnyak bagi support n tlg ajar aku mane yang aku x phm..hehehe.....thanzz sngat2.....


LOVE U ALL!!

Tuesday, May 10, 2011

LALALALA~~~~


Kita bertemu kali ini untuk apa
Adakah hanya menambahkan lagi sengsara
Luka yang lama belum dapat aku sembuh
Masih berdarah mengeruhkan warna hidupku

Namun jika kau datang ini
Untuk mengilapkan cermin kasih
Pastiku sambutmu dengan mesra
Mungkin jua akukan terlupa
Peristiwa pahit mencengkam jiwa
Tak ingin aku ke sana

Bersama kasih kita leburkan rantai
Yang membebankan hidup kita selama ini
Katakanlah rindumu
Aku sentiasa menunggu
Di pintu gerbang mahligai syahdu

Thursday, May 5, 2011

HEY U!!!!


Aku x kesah pun kalau ko nak terasa ngan aku..sebab aku pun banyak sangat dah terasa ngan ko...
Tapi ape yang aku bagitau 2 semunya jujur and untuk kebaikan ko gak....
tolonglar berfikiran positif...jgn mcm budak-budak yang x pandai nak berfikir...
aku x nak ko menyesal di kemudian hari....
hargai orang yang ko sayang.....

Pape pun, aku just nak ko tau yang aku xde maksud pun nak sakit kan hati ko....ko yang terasa lebih-lebih.
Mulai hari ni, aku x kan kacau hidup ko lagi....then ko pun x yah lar membusy kan diri nak amek berat pasal aku n family aku.....

TERIMA KASIH


Tuesday, May 3, 2011

MASALAH HATI~~~

SALAM...

aku tak tau ape yang yang x kene ngan hati aku nie.....aku masih terbayang-bayang kenangan lama n kenangan pahit dalam hidup aku....perasaan tu dtg tibe-tibe...aku x panggil pun suruh datang...aishhh....

bile pandang muke pmpuan tu jek aku rase sakit hati....sakit aty yang teramat sangat......tapi aku x mampu nak buat pape pn...x kan lar aku nak tunjuk kan muke mrah n meluat aku kat depan die...x bek plak kn.....aku juz kene bersabar......maybe 2 ujian bagi aku.....

aku x tau kenapa aku benci pempuan 2....tapi yang aku tau, aku x bley nak pandang muke dye....rase sakit aty gler.....mcm kene tikam-tikam....tapi aku x lar sejahat mane pun smpai nk berdendam ngan dye...coz aku tau x sepenuhnya salah dye.... pokok xkn bergoyang klu x de angin kn....mmg dye happy sekarang then xpe, aku still doakan kebahagian dye......aku anggap nie takdir.....

mungkin perasaan benci aku nie akan hilang kalau aku x jmpe n x nmpak muke dye dpn mate aku.....so aku akan tunggu masa untuk pergi jauh dari dpn mate dye.....!!!!

Saturday, April 23, 2011

PERPISAHAN~~

SALAM~~


Lagi 2 hari aku akan tinggalkan peneng dan kawan-kawan aku kat sini....Macam2 perasaan yang aku rase time nie...sedih, terkilan, gembira n banyak lagi lar......sedih coz pas nie, ,msty susah nak jmpe dyeowg lagi..nak jmpe pn tnggu time konvo nanti..(insya'Allah)....terkilan coz x dapat nak join member2 kelas bwt jamuan makan ngan Pn Muna(PA DIP6A)... n gembira coz, x sabar nak blik jhor setelah 5 bln x blik.(rndu my family)....


Banyak pengalaman, keseronokan , dan kesedihan yang aku alami selama merantau kat negeri orang nie(peneng)...then banyak juga dugaan yang aku tempuhi untuk sampai ketahap ini(sem 6 =3 tahun)....n banyak peristiwa yang manis, dan buruk dalam hidup....tapi aku tau setiap orang akan merasai ape yang aku rase coz setiap org x pernah lari dari kegembiraan, keseronokan, dan kesedihan.....


Aku happy blajaq kat sini, apetah lagi dikurniakan kawan2 yang baik dan penyabar pelayan sikap aku nie. ucapan terima kasih yang x terhingga buat kawan2 aku especially TEYHA, IEKA, SYIRA, AIEN, WANIE coz sudi berkawan ngan aku selama 3 tahun kat sini..hope persahabatan yang terjalin nie, x kan putus sampai bile2....thankzz masih still kawan ngan aku sampai sekarang walaupun aku tau korang banyak terasa hati ngan aku....setiap manusia melakukan kesalahan(aku pn mcm 2 gak lah)....


Thankz pada member2 rumah sewe (MAWAR,EKIN, SYA)...walaupun banyak dugaan yang kita alami, tp percaye lar, aku tetap sayang korang...aku still anggap korang kawan baik aku....biase lar, adat berkawan, x sah kalau xbergaduh...hehehehe........aku mintak maaf kat korag semue yer........aku x kan lupe waktu kita bergembira sama-sama........


untuk budak classz gak (DIP 6A) aku pon nak mintak maaf atas segala kesilapan aku pada korang selama ini....aku happy sngat berkawan ngan korang (DILA, TIRA, RAIHAN, SYAKILA, DAYANA, INA, K.ANIM, AJIE, SITI, EMA, MIRA, TEYHA, IEKA, WANIE, SYIRA, AIEN, SYILA, HUDA, K.LONG,NISHA, AIDA, AINI,NADIA, AZIZI, EPIT, ASHRAF, PAIZ, THUNDER, EPUL, ISKANDAR, SAID , VENGA ,ZAMER.)...aku happy sangat selama berkawan ngan korang....walaupun ade juga gaduh ckit2 tu, tapi aku dah maaf kan. na hope korang pn maaf kan aku.......pada sapa2 yang aku pernah sakit kan aty 2, aku btol2 mintak maaf, biase lar, darah mude so mesty lar cpt nek angin ckit(hehehe)......


ucapan ribuan terima kasih juga aku tuju kan untuk semue pensyarah yang pernah didik aku dari sem 1 sampai sem 6.( PN MUNA, PN, SAKINAH, PN, BAYA, PN ROSMAWATI, PN HAZLEENA, PN SYIMA, CIK ROHAZLIN, PN WAHIDAH, EN KAMARUL, EN AZIZI, EN SALIHIN, EN IZWAN, EN ZULHADI,PN AZLEEN, EN SANDRAN, PN NG, PN LIANG, PN KHOW, PN YAP, PN PAZILAH, PN SUHAILA, EN RIZAL)..segala jasa baik semue pensyarah x kan saye lupe kan......doakan saye berjaye yer....


Dan x lupe gak pade member2 n orang yang aku kenal kat peneng nie especially (RIZAL, TOT, K.WAH, K.MIRA, K.SU, PAK.LANG, N FAMILY )....thankzz for everything~~~~~~~












Sunday, April 17, 2011

JALAN2 WITH MY BESZZ FRIENDS~~~~~









Wednesday, April 13, 2011

PICNIC + BBQ WITH CLASSMATE~~~~

(TAPAK PARKING BUKIT HIJAU,KEDAH)

(PROSES PEMBAKARAN AYAM SECARA TERBUKA)

(MAKAN BERJEMAAH)

(SEJUKKAN BADAN)

(BERENDAM)

(SEBELUM BALIK..POSING DULU)








Thursday, March 31, 2011

APRIL FOOL!!!!



SALAM~~~


Ikutilah cerita sedih di sebalik
April Fool's Day sebagai renungan
bersama. Setiap kali
menjelang 1hb April, sesetengah orang
kita begitu
taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's
Day ini, adalah
ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan
kerajaan Islam di
Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di
Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol
(Moors) terpaksa
berlindung di dalam rumah masing-masing
untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu
bahwa mereka
boleh berlayar keluar dari Sepanyol
dengan selamat
bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan
menggunakan kapal-kapal yang berlabuh
dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya
tawaran
tersebut merupakan suatu penipuan, telah
pergi ke
pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat
persiapan untuk
bertolak. Keesokan harinya (1 April),
mereka mengambil
semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke
pelabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian
mengambil kesempatan
untuk menggeledah dan kemudian membakar
rumah
penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki
kapal kerana
semuanya dibakar. Pihak Kristian
kemudiannya menyerang
kaum Muslim dan membunuh kesemuanya;
lelaki, perempuan
serta anak-anak kecil. Peristiwa
berdarah yang
menyedihkan ini kemudiannya diraikan
oleh tentera
Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap
tahun bukan
sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata
dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang
jahil
mengenai peristiwa ini turut meraikan
April Fool's Day
tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang
tahun pembunuhan beramai-ramai saudara
seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu
taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan
memelihara
kamu....

wallahhua'lam 

Thursday, March 24, 2011

MINI PROJEK WEB~~~


Hye...

Mini projek memang dah jadi rutin dalam smue subjek dalam setiap semester...tapi mini projek yang paling mencabar dalam sem 6 nie ialah subjek web programming....pening giler nak bwt dye...tp bg mereka yang pandai 2, maybe bende nie kacang jek(cap jari ibu)....

Tapi alhamdullillah, aku dapat juga siapkan web site aku nie dalam tempoh yang diberikan....walaupun ada banyak kesalahan n something yang x berfungsi(jam)..tapi aku puas gak ar, coz ada pengalaman membuat web site aku sendiri...yang yang paling beszz web site aku nie di upload di server.....(http://noorain.dip6psp.com)

Walaupun web site nie simple jek tapi sekurang-kurang nye aku adew lar juga pengetahuan ckit nak buat web site.....aku buat web site menggunakan dreamweaver(PHP) dan database(phpMyAdmin)......


Monday, March 21, 2011

TRAVEL TO LANGKAWI~~~

~Pesta mandi air di Tasik Dayang Bunting~
(Seronok bile terjun beramai-ramai)

~Bersiar di tepi Pantai Cenang~
(Berposing-posing)

~Jeti Pulau Langkawi~
(Selepas turun dari Feri)

~Malam BBQ~
(Kat tepi Pantai Cenang)

~Makam Mahsuri~
(Depan pintu masuk)

~GeoForest Park~
(Jalan-jalan Naik Bot)


Firstly, kami berkumpul di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. kemudian kami menaiki bus poli menuju ke jeti kuala Perlis yang mengambil masa dalam 3 jam. lepas sampai kat jeti kuala perlis, kami kene tunggu setengah jam untuk menaiki feri ke jeti pulau langkawi. lepas sampai pulau langkawi, kami terus menaiki bus menuju ke tempat penginapan (CD MOTEL). then lepas check in, waktu petang, kami pn jalan2 cari makan(hehehe..cari makan coz lapaq gler)..lepas makan kami pergi bersiar-siar kat tepi pantai cenang yang berdekatan dengan tempat penginapan kami.

Waktu malam pulak, kami buat aktiviti BBQ kat tepi pantai..seronok jugak lar, coz semue owg berkerja sama tuk bakaq makanan2 tu...pas habis BBQ kami semua masuk dalam bilik, then trus tidoq. esok nye, kami kene bangun awal, then ikut jadual yang disediakan. mule2 kami pergi ke kilang gamat. kat situ, kami semue shopping gamat jek lar...then lepas pergi kilang gamat, kami pun terus p Makam Mahsuri. kat situ kami kene bayar rm5 untuk masuk n tengok makam mahsuri 2. kat dalam 2, banyak tinggalan2 mahsuri yang kami tengok,,mcm rumah dye, then kat dalam 2 pn ade muzium yang menceritakan pasal hayat mahsuri. lepas kiteowg p makam mahsuri, kteowg pn p Kilang Kristal. Dapat tengok cara-cara orang ukir kristal. then kami terus kan perjalanan ke pasir terbakar(x ingat lar name 2)...kat situ, kiteowg shopping kain batik and makan. then kami pn p geoforest park. tempat 2, ialah tempat kite mengelilingi sungai menaiki bot sambil tngo alam semula jadi, mcm tempat burung lang, gua kelawar, pulau-pulau, and banyak lagi. lepas 2, kami pn balik semula ke tempat penginapan.

Keesokkan harinya, kami pergi pulak mengelilingi pulau2. ini sama juga naik bot, tapi kali nie, naik bot mengelilingi laut. lagi dahsyat keadaan nye...kami p pulau dayang bunting. pulau beras basah and tempat burung lang berkumpul. setelah selesai pergi tempat2 tu, kami pun blik ke bilik untuk check out. then kami pun balik.....enjoy beb~~~~





Sunday, March 20, 2011

X SUKE!!!

HELLOW~~~~

Aku just nak luahkan rase tak puas hati aku kat cini.....kenapa bile seorang lelaki tu putus cinta jek, mesti die salah kan perempuan...sedangkan hati dan perasaan mane bley pakse....

kenape sampai nk umpama kan perempuan itu objek..nak amek tak nak buang jek...ape dyeowg engat dyeowg 2 bagus sangat ke??kalau bagus sangat, perempuan x kan tinggal kan dye lar...pkir ar sendiri...jangan sebab marah kan sorang perempuan, smue pmpuan dye nk libatkan...agak-agak ar beb...

hal ko ngan bekas awek ko, x de kene mengena ngan aku...so jgn nk sama kan aku ngan awek ko yang ko katekan curang 2 (xtau spe yg curang, dye atau awek dye)...then jage ckit mulut 2 ble pandai-pandai nak tuduh aku curang coz ptus ngan kawan ko dulu....tanye dulu kawan ko 2 sape yang curang.....dah kawan ko 2 yang terhegeh-hegeh cari pmpuan len, curang, ntah pape jek......

and ko jgn nak salah kan awek ko coz dye tinggalkan ko.. coz ni balasan untuk ko sbb ko pn pernah tinggalkan perempuan len...sedar ckit diri 2....aku x suke ko nak bangkitkan isu n pengalaman lama aku dgn hubungan ko skrg!!!fhm~~~~~

Friday, January 14, 2011

2 pilihan~~

Salam..........

Semua owg mesti ada pilihan dalam hidup. pilihan yang di buat memainkan peranan yang penting dalam diri masing-masing. semua orang ada hak untuk memilih pilihan masing-masing tapi kenapa disebabkan pilihan yang kita buat, kita juga yang terima akibat yang tak sepatutnya. pilihan antara 2 insan yang berbeza dan kedua-dua nya amat penting dalam hidup. tanpa salah seorang, hidup kita x akan bahagia. kita kena jaga dan faham hati 2 insan ni, tp 2 insan nie x paham hati dan perasaan kita. dalam satu situasi, kita pilih salah satu insan ini. tapi bila dah buat pilihan, insan yang tidak dipilih ini terasa dan marah plak. so, sekarang, x tau dah nak buat macam mana. kita just boleh sabar dan terima jek semua yang berlaku. mybe ada hikmah disebalik nya. tak perlu nak bermasam muka juz kita mengaku salah dan mintak maaf. itu jek yang mampu dilakukan dan terserah pada insan itu sama ada nak maaf kan atau tidak.

Saturday, January 1, 2011

TERINDAH~~



HYE~~~~

Hari indah apabila seorang lelaki bagi hadiah kat aku.hehehe. hadiah yang slalu di idam kan oleh semua perempuan. heppy juga kan bila ade orang yang sanggup bagi kita hadiah untuk membuktikan cinta dia pada kita(ceh wah.....).

"Tahukah anda apa sebenarnya makna dari bunga yang diberikan? Bunga mawar selama ini dianggap sebagai bunga yang paling tepat untuk diberikan pada yang tercinta kerana ternyata erti dari mawar atau rose adalah ucapan 'I Love You'. Namun, tak hanya itu. Warna dari bunga mawar pun mempunyai erti. Merah bererti cinta dengan respek yang tinggi. Kuning bererti kebebasan atau fleksibiliti. Kemudian warna merah jambu bererti terima kasih dan rasa syukur yang mendalam. Terakhir, warna putih mengandung makna ketulusan cinta dan kepedulian."